Menukar perkataan older dan newer post kepada icon boleh dikatakan penting kerana ia bukan sahaja menjadikan blog kita lebih cantik dan kemas ,malah pengunjung terutamanya yang baru menjejakkan kaki ke dunia blogger lebih senang nak klik,maklumlah blogger2 baru nih memang senang sangat nak pening,admin pun macam tu jugak masa mula-mula join dulu.Jadi,ikuti sahaja langkah2 dibawah jika berminat.
Langkah 1
Pergi ke Dashboard > Template > Edit Html > Tick pada expand widget template
Langkah 2
Pada langkah ini kita akan mencari perkataan newer post dahulu.
Tekan ctrl + F untuk mengaktifkan fungsi find,kemudian cari kod <data:newerPageTitle/>
Kemudian gantikan kod <data:newerPageTitle/> dengan kod
<img src="http://icons.iconarchive.com/icons/seanau/kungfu-panda/128/Squirrel-icon.png "/>
Gantikan kod imej newer post yang korang suka dengan tulisan berwarna merah ,ataupun gunakan sahaja imej yang sedia ada.
Langkah 3
Pada langkah ini pula kita akan menukar perkataan older post pulak.
Tekan ctrl + F untuk mengaktifkan fungsi find,kemudian cari kod <data:olderPageTitle/>
Kemudian gantikan kod <data:olderPageTitle/> dengan kod
<img src=" http://icons.iconarchive.com/icons/100-seedless-penguins/futurama/128/Futurama-Bender-1-icon.png "/>
Gantikan kod imej older post yang korang suka dengan tulisan berwarna merah ,ataupun gunakan sahaja imej yang sedia ada.
Langkah 4
Langkah ini pula kita akan menukar perkataan Home
Tekan ctrl + F untuk mengaktifkan fungsi find,kemudian cari kod <data:homeMsg/>
Kemudian gantikan kod <data:homeMsg/> dengan kod
<img src="http://icons.iconarchive.com/icons/fixicon/world-house/128/home-4-icon.png"/>Gantikan kod imej Home yang korang suka dengan tulisan berwarna merah ,ataupun gunakan sahaja imej yang sedia ada.Terdapat dua kod <data:homeMsg/> jadi pastikan korang mengantikan kod imej tu pada kedua-dua kod <data:homeMsg/>
Untuk mendapatkan imej-imej bagi newer,older post dan home.Korang boleh jer edit sendiri dengan menggunakan photoshop.Ataupun jika korang tak pandai menggunakannya pergi jer ke
http://www.iconarchive.com/.Kat situ terdapat berbagai-bagai jenis icon.Jika tak tahu bagaimana caranya nak mengambil imej disitu.Sila tinggalkan komen dan saya akan cuba menunjukkan caranya.
No comments:
Post a Comment
Jangan malu2 untuk meninggalkan komen~:D