Korang sering mengupdate post mungkin tiap-tiap hari,ataupun beberapa kali dalam seminggu.Namun tajuk post yang tampil di blog archieve menjadi semakin banyak sehingga menjejaskan kekemasan blog.Masalah itu boleh diselesaikan dengan menggunakan scroll box, malah scroll box akan menjadikan blog archieve kelihatan lebih cantik dan tersusun.
Langkah 1Pergi ke Dashboard > template > Edit html >Expand widget template,pastikan korang backup template korang terlebih dahulu.
Langkah 2
Tekan ctrl + F untuk mengaktifkan fungsi find,kemudian cari kod <div id='ArchiveList'>,jika korang tak jumpa kod tu,maknanya tiada widget blog archieve di blog korang.Jadi,sila pastikan korang pasang terlebih dahulu widget tersebut.Pergi ke Layout > Add Gadget > blog archive
Langkah 3
Setelah korang jumpa kod <div id='ArchiveList'>,korang akan dapat melihat kod <div class='widget-content'> diatasnya.Rujuk gambar dibawah jika tidak faham.
Langkah 4
Setelah itu,gantikan kod <div class='widget-content'> dengan kod dibawah
<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px'>
Tukar angka 200 untuk menukar ketinggian scroll box yang korang inginkan.
Save template dan lihatlah hasilnya:)
No comments:
Post a Comment
Jangan malu2 untuk meninggalkan komen~:D